Thursday, March 22, 2012

::Perangkap Cinta via ILuvIslam::

Naluri insan mendambakan cinta
Lumrah dicipta Tuhan itu sungguh mulia
Namun mesti dipandu tepat syariatnya

Kerana musuh Tuhan memasang perangkap cinta
Namun kau tetap menghampirinya
Yakin imanmu mampu mengawal gelora

Tanpa kau sedar ia rapuh bak kaca
Kini perangkap cinta sudah mengena
Cinta yang tak bertempat kau hulurkan

Mengundang nikmat secara istidraj
Iblis dan syaitan ketawa riang
Cinta nafsu yang menjadi rujukan

Membawa engkau ke alam khayalan
Bermandi dosa yang engkau halalkan

Akhirnya si kecil yang menjadi mangsa
Insan suci yang tidak berdosa
Engkau zaliminya


Cinta yang salah saluran kau tagih
Mengiktiraf engkau sang hamba abdi
Si raja nafsu amarah yang zalim
Cinta terlarang yang engkau redahi
Tuhan yang melihat engkau abaikan
MurkaNya hebat azab pasti bertandang
Akhirnya sesalanmu tidak berguna
Agama, dirimu, keluarga, sanak dan saudara
Tercalar maruah.

::Kejayaan Milik Kita::

Alhamdulillah, 7 Mac yang lepas result STPM dh amik punn. Alhamdulillah, result boleh membuat tersenyum :) tapi, frust jugak kan sbb tak dpt reach the target. Huhuhu. Bengang! Tapi, bersyukur takda yg gagal. Terima kasih Ya Allah kerana telah memberkati usaha yg dibuat selama ini. Terima kasih kpd mak bapak yg telah memberi semangat dan tidak berhenti utk berdoa utk anakmu ini. Kpd cikgu2x pulak, yg tak berputus asa utk mengasah pisau yg tidak tajam ini sehingga tajam dan bersinar-sinar. Kawan-kawan, terima kasih sbb tidak lokek berkongsi ilmu dan pendapat yang ada. Alhamdulillah. Syukran!

Muka selepas ambil result. :)

InsyaAllah, masa depan kita cerah kengkawan :)




Allah dah plan yang terbaik untuk kita. Berhentilah menangis dan teruskanlah kehidupan yang Allah anugerahkan ini dengan happy. Hujan itu bukan selamanya, nanti matahari pasti akan timbul balik malah kadang-kadang dianugerahkan Allah dengan kehadiran pelangi,macam kita semua -hambanya. Oleh itu,jangan lupa bersyukur dan bagi yang dapat cemerlang itu jangan lupa ALLAH. dunia cuma pinjaman, cemerlang spm bukan maknanya cemerlang segala-galanya.rugilah cemerlang spm tu kalau tak disimpulkan dengan akhlak yang great!! :)